Sunday, March 15, 2009

PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2009

Program sepanjang tahun 2009 ini kebanyakannya disasarkan kepada pelajar Tingkatan
4 dan Tingkatan 5.Objektif sasaran ini bertujuan bagi memahirkan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat untuk tujuan peperiksaan secara kemahiran dan teori.Tindakan akan diambil oleh guru-guru ICT sendiri.Program ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Program Utama, Sokongan dan Sampingan.

1.PROGRAM UTAMA

1.1 Bengkel Pengaturcaraan yang dijalankan pada Mac (2 hari).

1.2 Bengkel Pangkalan Data yang dijalankan pada Jun(2 hari).

1.3 Bengkel Penyenggaraan Komputer yang dijalankan Mac(2 hari).

1.4 Bengkel Rangkaian yang dijalankan pada Jun(2 hari).

1.5 Bengkel Mutimedia yang dijalankan pada Ogos(2 hari).

1.6 Kem Gemilang ICT (Daerah/JPN) yang dilaksanakan sepanjang bulan Sept hingga Okt.

1.7 Progran Susun Ilmu pula dilaksanakan setelah selesai sukatan pelajaran iaitu
pada bulan November.


2.PROGRAM SOKONGAN

2.1 Lancar Lidah yang akan dilaksanakan setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran.Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2009.

2.2 Program Mahir Soalan (PROMAS) yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos.

2.3 Pada MAC,JUN dan OGOS pula diadakan Kelas Tambahan Cuti-Cuti Belajar.


3.PROGRAM SAMPINGAN

3.1 Pihak pengurusan ICT juga akan mengadakan Anugerah Fail Dokumentasi Terbaik pada
bulan November.

3.2 Sepanjang tahun 2009 ,Kuiz ICT akan dilaksanakan semasa Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.

No comments:

Post a Comment